Flora

Bunga-bunga ini adalah himpunan imej dari trip jelajah utara dan lokasi bunga-bunga ini dapat saya rakamkan semasa berada di Cameron Highlands. Cameron Highlands memang terkenal dengan flora dan faunanya. Mungkin suasana pergunungan dan suhu yang sejuk membuatkan tumbuhan ini berkembang biak dengan amat subur. Tetapi sekarang sudah tidak ramai lagi pengusaha yang menanam bunga sebagai sumber pendapatan, mungkin mereka beralih arah kepada tanaman strawberry yang lebih memberikan pendapatan lumayan. Tambahan pula trend sekarang pengunjung ke taman atau ladang tanaman berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah strawbery dari ladang.

Jika dahulu bunga-bunga ini dapat dibeli dengan harga yang amat murah tetapi kini agak sukar mendapatkannya. Dapat dilihat tidak banyak pengusaha yang menjualnya di sekitar Cameron Highlands, sepanjang saya di sana saya hanya menemui bunga-bunga ini dijual di sekitar pasar ala-ala pasar tani dan hanya sebuah kedai di Brinchang yang mejualnya itu pun sebenarnya tidak dijual secara runcit tetapi untuk pasaran di luar Cameron Highlands.

Di bawah ini adalah sebahagian dari koleksi yang sempat saya edit dan dipersembahkan untuk anda, masih ada sebahagian yang masih dalam proses editing dan akan saya keluarkan pada bahagian kedua nanti InshyaAllah.

DSC_5694-ori DSC_5725 DSC_5726 DSC_5728 DSC_5731-frame DSC_5786 DSC_5788-frame-bw DSC_5895 DSC_5906-pastel DSC_6144-frame DSC_6711_01 DSC_6715

Padang Besar

DSC_5478

Ini adalah pandangan dari atas bangunan Stesen keretapi Padang Besar .

 

DSC_5488

Suasana di Bazar Padang Besar, di mana di sinilah tumpuan pengunjung untuk membeli belah. Perlu tawar menawar untuk membeli barangan dan jangan terpedaya dengan kata-kata lembut peniaga. Kerana kadangkala barangan yang dijual dapat dibeli dengan harga 40-50% lebih murah dari harga yang ditawarkan.

DSC_5496

Antara kedai yang menjual pakaian di Padang Besar.

DSC_5498

Bunga juga ada dijual di sini.

DSC_5500

Antara raut wajah peniaga yang berketurunan Melayu Thailand di sini.

DSC_5501

Hammock dapat dibeli dengan harga serendah RM10 di sini. Kalau di tempat lain pasti lebih harganya.

DSC_5504

Antara lorong bersebelahan Bazar di mana ada menjual segala pinggan mangkuk sehinggalah kepada pakaian dan keperluan lain.

DSC_5513

Duvet ataupun comforter berjenama Toto atau Narita amat banyak dan salah satu dari tarikan untuk pengunjung datang ke sini. Ianya memang murah jika dibandingkan dengan tempat lain, maklumlah dekat dengan pengilangnya di Thailand.

DSC_5515

Burung memekak @ Angry Birds.

DSC_5522

Pemandangan Pekan Padang Besar.

DSC_5523

Jiran

DSC_5503

Penuh dengan warna dan warni, dari pakaian sehinggalah barangan yang dijual. Dan majoritinya peniaganya adalah dari keturunan Melayu Thailand.

DSC_5499 DSC_5502 DSC_5505 DSC_5506 DSC_5508 DSC_5521

Ipoh

Ipoh adalah sebuah destinasi saya dalam perjalanan menuju ke utara. Persinggahan setengah hari di sini telah memberi peluang untuk merakamkan beberapa aktiviti pagi di Bandaraya ini.

DSC_5382-bw

Sebuah pasar yang terletak di tengah Bandaraya Ipoh, ketika ini suasana pagi belum lagi sibuk, mungkin kerana hari cuti umum diseluruh negara.

DSC_5385

Ini adalah suasana pagi ketika tuan punya sebuah kedai berhampiran pasar tersebut sibuk untuk memulakan perniagaan mereka. Kesibukan mereka telah memberikan saya peluang untuk merakamkan aktiviti tersebut dari jarak yang sangat dekat. Nikon 50mm.

DSC_5389

Ini adalah pandangan dari sebuah kedai makan ketika bersarapan. Ianya adalah sebuah tirai yang menghalang pengunjung dari pancaran matahari. Restoran ini amat efisyen seawal jam 8 lebih telah siap menghidangkan lauk pauk untuk hidangan makan tengahari.

DSC_5391

Restoran yang menyediakan hidangan sarapan pagi dan tengahhari seawal jam 8 pagi.

DSC_5393-copy

Bayangan dari lopak air. Mungkin semalam hujan telah turun dan melimpahi jalan ini. Kejernihan air dan sinar mentari pagi yang terang telah menghasilkan bayangan yang amat jelas dipermukaan jalan ini.

DSC_5395

Lopak air.

DSC_5425

Aireill, anak saudara yang bijak dan banyak celoteh.

DSC_5442

Pandangan di sebuah kedai mamak yang paling popular di Bandaraya Ipoh ‘Nasi Vanggeh’ ayam gorengnya memang sedap. Boleh kita lihat mata seorang saudara yang memandang ke arah kamera. Pandangan itu telah menjadikan foto ini sangat istimewa.

DSC_5443

Keasyikan facebook, hilang dalam dunianya sendiri.

DSC_5380

Salah satu dari pemandangan di bandaraya Ipoh. Kedai-kedai yang menjual peralatan rumah.

DSC_5446 copy

Sekian untuk kali ini dan nantikan siri berikutnya iaitu Padang Besar dalam siri Jelajah Utara.

Hari Keputeraan Sultan Johor 2012: Larian 10,000 langkah.

Sempena hari keputeraan Sultan Johor, Daerah Muar  telah mengadakan pelbagai aktiviti dan antaranya adalah acara laran 10,000 langkah yang telah diadakan di Tanjung Mas, Bandar Maharani Muar. Berikut adalah sketsa semasa saya berada di sana.

Exif data: <Lens: 50mm 1.8G>  <ISO: 100> <1/50s – 1/125s> < f/5.6> <Handheld/Panning>

Street @ Pasar Malam

Hari minggu hari liburan, Marilah kita saksikan telatah orang kita di sebuah pasaraya, teliti foto-foto di bawah ini dan anda akan faham maksudnya.

Kalau dah sayang.....

Kalau dah sayang…
Lens 50mm
ISO 640
1/60s (handheld)
f/3.2

Comel tak saya….
Lens 50mm
ISO 640
1/20s (handheld)
f/3.2

My Office….
Lens 50mm
ISO 800
1/40s (handheld)
f/3.2

Jaga-jaga…..
Lens 50mm
ISO 800
1/80s (handheld)
f/2.2

Berakhir di pasaraya mari kita beralih arah ke pasar malam pula, beginilah serba sedikit telatah dan sketsa sebuah Pasar Malam.

Macam-macam warna ada…..
Lens 50mm
ISO 400
1/200s (handheld)
f/4

Warna….
Lens 50mm
ISO 400
1/500s (handheld)
f/4

Ah Moi….
Lens 50mm
ISO 400
1/60s (handheld)
f/4

Rockers….
Lens 50mm
ISO 400
1/160s (handheld)
f/4

Pilih Bang….
Lens 50mm
ISO 400
1/60s (handheld)
f/4

Timbang betul-betul ha….
Lens 50mm
ISO 400
1/160s (handheld)
f/4

3 kilo sepuluh….
Lens 50mm
ISO 400
1/80s (handheld)
f/4

Astro bang….
Lens 50mm
ISO 400
1/125s (handheld)
f/4

Dah jom balik….
Lens 50mm
ISO 800
1/200s (handheld)
f/4

Barret….
Lens 50mm
ISO 400
1/160s (handheld)
f/4

Apakhabar orang kampung….
Lens 50mm
ISO 800
1/400s (handheld)
f/4

Tukang gambar….
Lens 50mm
ISO 400
1/50s (handheld)
f/4

Sudah malam, tutup tingkap….
Lens 50mm
ISO 1000
1/125s (handheld)
f/1.8

Salam, Rozyhashim

Buloh Kasap

This slideshow requires JavaScript.

Buloh Kasap sebuah Pekan kecil yang terletak di Daerah Segamat, Johor. Terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri lewat perang dunia kedua. Kisah Jambatan putus yang dirobohkan oleh pihak British untuk menghalang kemaraan pihak Jepun ke Singapura. Rangkanya yang hanya tinggal separuh dapat dilihat jika kita melalui jalanraya persekutuan bersebelahanya. Terkenal dengan durian sehingga ada spesis durian yang dinamakan sempena nama Buloh Kasap iaitu durian “Kasap Merah“. Buloh Kasap juga terkenal kerana di sinilah lahirnya bekas bintang TV3 iaitu Datin Normala Shamsuddin.

Begitulah serba sedikit tentang kisah Pekan Buloh Kasap. Sebuah pekan lama yang terdiri dari bangunan yang telah berusia hampir seabad lamanya. Kebanyakan penghuninya adalah golongan yang telah berusia emas, mungkin ramai anak muda yang telah berhijrah ke bandar besar mencari rezeki. Majoriti penduduk di pekan ini adalah berbangsa Cina dan bangsa Melayu pula mendiami kampung-kampung dan taman-taman sekitarnya.

Foto-foto di atas adalah hasil dari sebuah perjalanan untuk merakamkan suasana pekan Buloh Kasap dan penduduknya. Begitulah rentetan sebuah Pekan lama yang semakin kelam oleh arus pembangunan.

< Salam dari Rozyhashim 04 November 2012 >

Vespa saksi sebuah dokumentari kehidupan

Kisah bermula di sebuah kopitiam, pada petang itu dengan kamera di tangan, mata meliar mencari bahan atau subjek yang boleh didokumentarikan. Tiba-tiba mata terpaku melihat sebuah Vespa yang diparkir dihadapan kopitiam, nampak lama tetapi masih gagah meredah jalanraya dan pastinya amat berjasa kepada tuannya.

Mata mula meliar mencari tuannya, tiba-tiba mata terpaku pada sesusuk tubuh yang agak berusia sedang menghisap paip. Hati mula bergetar dan tanpa disedari kaki terus melangkah menuju kepada beliau, salam dihulur dan disambut dengan mesra. Selepas memperkenalkan diri dan kemesraan mula tercetus. Nama beliau  adalah Pakcik Md Noor seorang pesara LLN (Lembaga Letrik Negara) ataupun lebih dikenali dengan Tenaga Nasional Berhad selepas dikorporat kan sekarang.

Usia beliau sekarang sudah mengakhiri enam puluh tahun, tetapi apa yang mencuri perhatian saya adalah keperibadian beliau dengan cincin, rokok pipe, jam tangan longgar yang digunakan, sangat-sangat retro jika dibandingkan zaman sekarang.

Tetapi apa yang lebih menariknya dalam pertemuan ini adalah persoalan yang timbul dibenak ini. Air muka nya seolah-olah ada cerita yang terpendam. Pasti ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

selepas bertanya sedikit sebanyak barulah saya tahu bahawa Pakcik ini telah kehilangann teman setianya iaitu isteri yang dikasihi akibat dari penyakit kanser beberapa tahun yang lepas. Beliau mempunyai rumah di Melaka dan Johor. Sering berulang-alik di dua buah negeri tersebut dengan Vespanya yang setia. Bila ditanya, tidak mahu kah lagi beristeri baru beliau hanya mengelengkan kepala, mungkin hatinya telah tertutup dek kerana kasih yang amat sangat terhadap arwah isteri.

Pertemuan yang sesingkat itu memberikan satu impak besar dalam pola pemikiran saya, bahawa tidak lah hanya perempuan sahaja yag setia ke akhir hayat tetapi juga lelaki mempunyai perasaan yang sama. Selepas bersalam dan mengucapkan terima kasih atas perkenalan itu beliau pun beredar dengan Vespanya.

Selamat jalan Pakcik Md Noor semoga bertemu di lain masa. InshyaAllah.

Produk dan Pakej terbaru dari Rozyhashim Photography.

Berikut adalah Pakej dan produk terbaru dari Rozyhashim Photography. Jika ada dikalangan pembaca blog ini yang berminat dengan produk dan pakej kami sila hubungi saya terus di talian 016-9559 877 untuk keterangan lanjut atau boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan di email: rozyhashim@gmail.com.