Foto-foto ini diambil sekitar tahun 2008, Pemandangan dan bangunan di sini telah menjadi ikon Kuala Lumpur dari dahulu sehingga sekarang.

Di bina pada tahun 1894 – 1897 oleh A. C. Norman, Terletak bertentangan dengan Dataran Merdeka dan Kelab Di Raja Selangor, di jalan Raja. Namanya berasal dari Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor yang memerintah pada masa pembinaan bangunan ini. Banguanan ini menempatkan Mahkamah Agung, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaya. Bagaimanapun Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan telah berpindah ke Justice of Palace di Pytrajaya pada awal tahun 2000. Manakala Mahkamah Tinggi pula berpindah ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Nama asal Dataran Merdeka ialah Padang Kelab Selangor. Ditukar kepada Dataran Merdeka pada tahun 1990 sempena Tahun Melawat Malaysia. Di sinilah sejarah tercatat apabila Bendera Union Jack diturunkan dan diganti dengan Bendera Malaya pada 12 tengahmalam, 31hb Ogos 1957. Dataran Merdeka pernah menjadi titik permulaan siri kesukaan ramai iaitu The Amazing Race Asia 1.

Tiang bendera atau lebih dikenali dengan nama Jalur Gemilang adalah tiang bendera tertinggi di Malaysia yang terletak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Mempunyai ketinggian 95 meter.

Ditubuhkan pada tahun 1987 dan diuruskan oleh DBKL. Terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Rujukan : Wikipedia


but i wonder why is Putrajaya mosque sesat masuk dalam KL? hehehe.. anyway great picture all together with good infos… both thumbs up!